Thursday, 12 19th

Last update12:00:00 AM

 

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1437 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM

Alla hu Akbar   Alla hu Akbar   Alla hu Akbar
Walilla hilhamd.
Eidul fitri 1 Syawal hari bergembira bersuka ria bagi orang yang berasa beban fardu Ramadhan .
Eidul fitri 1 Syawal hari bergembira berbahagia bagi orang yang merindui Ramadhan yang padanya ada satu malam yang ganjil diantara sepuluh malam terakhir atau diantara 13 malam terakhir bermula dari malam turun Al Quran ; malam itu adalah lebih baik dari seribu bulan sepertimana telah diriwayatkan .

Apakah yang ganjil itu bilangan malam nya mengikut haribulan ganjil atau apa kah ketika malam itu berlaku kejadian kejadian ganjil yang di tunjukkan oleh Allah Azza Wajalla kepada orang beriman yang sentiasa menjaga akidah keimanan nya .
Diantara keganjilan malam itu seperti sifat air yang bergenang mengalir dicarek ; air membeku atau berhenti …. Begitu ganjil lagi pelik perumpamaan nya ?
Surah Al Ankabut ayat 43 maksud nya : “ Dan perumpamaan perumpamaan ini Kami buat untuk manusia ; dan tidak dapat memahami nya kecuali orang yang berilmu “.

Pada malam itu  sejuk dingin sedangkan tidak hujan ….  Apakah sejuk itu cuaca udara nya atau hati orang beriman yang sentiasa menjaga akidah keimanan nya berasa sejuk dingin  sesejuk embun pagi , damai , aman tenteram dengan nikmat rahmat keredaan Allah sehingga dapat memaafkan segala walau pun orang yang mahu membunuhnya ?

Ada juga riwayat lain menyatakan pada malam itu hujan turun sebagai tanda ….
Tiada apa yang ganjil kerana hujan terjadi bila bila masa sepanjang tahun .
Apakah hujan itu sebagai perumpamaan air mata orang beriman yang sentiasa menjaga akidah keimanan nya , mengalir menitis apabila sebak terharu mengenang dosa sedangkan Tuhan nya telah mengampuni nya dan mereka reda lagi diredai ?
Surah Al Fajr ayat 27 dan 28 maksudnya :
“ Wahai jiwa yang tenang !
Kembali lah kepada tuhan mu dengan reda lagi di redai NYA “ .

Alla hu Akbar   Alla hu Akbar   Alla hu Akbar
Walilla hil hamd .

Eidul Fitri 1 Syawal kembali kepada kesucian fitrah semulajadi manusia ; menjadi tapak membina hidup baru .
Tuntut lah ilmu dengan segala susah payah , tabah menghadapi cabaran dan dugaan.
Ilmu adalah teman semasa sunyi dan sahabat semasa susah .
Dengan ilmu - sepi itu indah .
Tanpa ilmu - sepi itu gundah .

Semoga kita ditemukan dengan Ramadhan di tahun tahun akan datang . Insyaa Allah minal ‘aminin .
Selamat Hari Raya AidulFitri kepada seluruh warga Chekak dan warga Islam sedunia .

Tabib Mohd Soleh Hussin ( ayah Su )
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia .
1 Syawal 1437

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Guru Utama Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1437 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM