Thursday, 12 19th

Last update12:00:00 AM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

TINDAKAN TATATERTIB PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PSCSPSM

 

 

MAJLIS TERTINGGI PELAJARAN & TATATERIB 

           PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA 

Tarikh : 20 Februari 2023.                                                                                   

TINDAKAN TATATERTIB PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PSCSPSM

Merujuk kepada Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama Majlis Tertinggi Pelajaran dan Tatatertib (MTPT) Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) dengan Kelulusan Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2 Bil 01/2023 pada 16 Februari 2023, tindakan penggantungan hak-hak keahlian PSCSPSM mengikut Fasal 23 dibaca bersama Fasal 5.3, Fasal 5.4 dan Fasal 13 Perlembagaan PSCSPSM.

Keputusan ini berdasarkan kepada Perlanggaran Notis Pernyataan dan Peringatan Tegas PSCSPSM yang telah diwartakan pada 4 Januari 2023 iaitu:

1)      Tidak menerima Guru Utama PSCSPSM dan Pengerusi MTPT PSCSPSM.

2)      Menolak kepimpinan Jawatankuasa Induk dan Majlis Tertinggi Pelajaran dan Tatatertib PSCSPSM.

3)      Terlibat dalam gerakan melumpuhkan Pengurusan dan Pentadbiran PSCSPSM (Penyelia, Tenaga Pengajar dan Jurulatih Kelas) serta aktiviti-aktiviti Persilatan PSCSPSM (pengambilan penuntut, kelas latihan, aktiviti demonstrasi, dll) di seluruh nusantara Tanah Melayu.

4)      Menabur fitnah, menghasut dan menyebar perkara-perkara yang telah menimbulkan kekeliruan, perbalahan, salah faham dan perpecahan yang mengganggu gugat perpaduan serta keharmonian sesama ahli-ahli Persatuan dan Perguruan PSCSPSM.

Penggantungan Keahlian ini untuk tempoh enam (6) tahun berkuatkuasa pada 16 Februari 2023.

 

Pemegang Jawatan serta Ahli-ahli Individu PSCSPSM yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian :-

1)      Tidak dibenarkan/dilarang melibatkan diri dalam pengurusan dan aktiviti-aktiviti Persatuan dan Persilatan PSCSPSM.

2)      Tidak dibenarkan/dilarang menggunakan nama dan logo PSCSPSM yang berdaftar secara sah di Perbadanan Harta Intelek (MYIPO) dan tidak boleh digunapakai atas urusan diluar pengawasan PSCSPSM®.

3)      Anda diarahkan mengembalikan segala aset-aset persatuan seperti dokumentasi persatuan, data-data keahlian, kewangan, resit-resit kewangan, peralatan demostrasi dan bahan-bahan multimedia yang diamanahkan kepada pihak PSCSPSM. Segala jawatan anda digugurkan serta merta berkuatkuasa dari tarikh notis ini.

Sila rujuk kepada pautan berikut untuk senarai nama-nama yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian PSCSPSM.

Berdasarkan Fasal 5.5 Perlembagaan PSCSPSM, rayuan secara bertulis dibenarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini kepada MTPT PSCSPSM.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Dikeluarkan oleh;

Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib PSCSPSM.

 

NOTIS : TINDAKAN TATATERTIB PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PSCSPSM

Rujukan 1: PERNYATAAN & PERINGATAN TEGAS PSCSPSM

Rujukan 2: PERLEMBAGAAN PSCSPSM

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Features TINDAKAN TATATERTIB PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PSCSPSM