Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1440 Hijrah
- 04 June 2019
- Hits: 4627
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walilla hilhamdu.
Allahumma solli 'ala habibi Ka Saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wasallim.
Aidilfitri 1 Syawal hari bersukaria.
Aidilfitri 1 Syawal hari berbahagia.
Aidilfitri 1 Syawal bulan mulia yang di namakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan wahyu Allah jua, membawa berita gembira bagi umat Islam seluruh dunia khas nya bagi orang yang berjaya menunaikan ibadat puasa fardu Ramadhan kerana perintah Allah semata dengan harapan di terima sebagai 'muttaqin' iaitu orang yang bertakwa sepertimana maksud firman Allah surah Al Baqarah ayat 183: " Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah di wajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Setiap diri yang mengaku Islam , perhatikan jauh dalam diri sendiri dengan teliti apakah ada sifat takwa iaitu: taat, berhati-hati, takut, malu.
Taat: niat kerana Allah semata bermaksud mengerjakan suruhan suruhan ibadat dan meninggalkan larangan larangan atas sifat ketaatan akan perintah Allah ikut Rasulullah.
Berhati-hati: mengerjakan ketaatan ketaatan hendak lah belajar ilmu nya kerana apa jua yang hendak di kerjakan perlu ilmu yang berkenaan.
Takut: dapat merasai nya jika melakukan larangan secara tidak sengaja kerana tiada berilmu, lebih takut melakukan larangan dengan sengaja lagi takut meninggalkan yang di suruh.
Malu: dapat merasai nya lalu mengaku salah silap dalam mengerjakan ketaatan ketaatan dan mengaku sepertimana maksud hadis Nabi s.a.w. "setiap anak Adam ada melakukan dosa dan sebaik baik orang yang berdosa ialah yang mengaku serta bertaubat".
Yang demikian, setiap orang yang mengaku Islam hendaklah berjuang belajar ilmu pengetahuan agama nya serta berjuang beramal dengan ilmunya bagi memperbaiki kehidupan dunia dan kebahagian akhirat.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walilla hilhamdu.
Dengan itu, ambil lah Syawal yang mulia ini sebagai harapan mencapai kemuliaan di sisi Tuhan dengan rahmat belas ihsan keredaan NYA jua, selepas mengambil Ramadhan yang penuh berkat sebagai tapak mensucikan diri jasmani dan rohani pulang pulih kepada kesucian fitrah kejadian manusia.
Sesiapa yang mencari kemuliaan dunia ( atas jalan ibadat ), akan dihina di akhirat ! Al-HIKAM.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli PSCSPSM dan seluruh umat Islam sedunia.
Semoga Allah terima amal kami dan amal tuan puan.
TABIB MOHD. SOLEH HUSSIN
GURU UTAMA dan PRESIDEN
PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA .
1 Syawal 1440.