Perutusan Hari Raya Eidulfitri 2022 1 Syawal 1443
- 01 May 2022
- Hits: 1717
Perutusan Hari Raya Eidulfitri 2022 1 Syawal 1443
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.
Perutusan Hari Raya Eidulfitri 2022 1 Syawal 1443
ﺑﺴﻢﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﺼﻼ ﻡﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝﺍﻟﻠﻪ
ﺍﻟﻠﻬﻢﺻﻞﻭﺳﻠﻢﻋﻠﻰ ﺣﺒﻴﺒﻚ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰﺍﻟﻪﻭﺻﺤﺒﻪﻭﺳﻠﻢ
Selamat Hari Raya Eidulfitri 1 Syawal 1443.
Kehadiran 1 Syawal Al Karim membawa kegembiraan kepada seluruh umat Islam.
Eidulfitri ertinya kembali kepada kesucian fitrah, iaitu kembali suci sepertimana pada kejadian yang awal setiap manusia di jadikan.
Maka berbahagia orang yang berjaya berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan takwa yang ikhlas kepada Allah. Dengan keredaan Allah jua akan terpelihara daripada kejahatan. Insya Allah.
Begitu Allah maha Kaya lagi maha Mulia mengurniakan kemuliaan kepada manusia.
Jangan pula kita lalai bahawa semua nya adalah sedang dalam perjalanan menuju akhirat. Maka untuk keselamatan dan kesejahteraan, hendaklah bersungguh sungguh dijalan yang lurus iaitu jalan mereka yang Allah telah kurnia rahmat atasnya, bukan jalan kena marah dan bukan jalan mereka yang sesat. Sepertimana bacaan doa di dalam Al Fatihah ....
ﺍﻫﺪﻧﺎﺍﻟﺼﺮﺍﻁﺍﻟﻤﺴﺘﻘﻴﻢ
ﺻﺮﺍﻁﺍﻟﺬﻳﻦﺍﻧﻌﻤﺖﻋﻠﻴﮩﻢ ﻏﻴﺮﺍﻟﻤﻐﻀﻮﺏﻋﻠﻴﮩﻢﻭﻻﺍﻟﻀﺎﻟﻴﻦ
Eidulfitri 1 Syawal adalah sebagai tapak permulaan setiap diri muslim meneruskan tugas ketaatan kepada Allah dengan melakukan lagi perbuatan perbuatan yang wajib dan yang sunat sebagai ibadat khusus bagi setiap orang yang mengaku Islam dan yang umum dalam kehidupan seharian sebagai amal soleh mengikut syariat Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta para sahabat.
Lihat lah pada diri sendiri, kesan berpuasa dengan iman dan takwa yang ikhlas kepada Allah semata, iaitu menahan anggota jasmani dan rohani.
Dapatkah terus menahan anggota jasmani dan rohani daripada kejahatan atau kemungkaran setelah diri nya dibersihkan melalui ibadat puasa dan ibadat ibadat lain di bulan Ramadhan.
Maksud sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Semua anak Adam melakukan dosa. Sebaik baik orang yang berdosa itu ialah orang yang bertaubat dan jangan kamu melampaui batas".
ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ
ﺍﻟﻠﮩﻢﺻﻠﻰﻋﻠﻰﻣﺤﻤﺪﻭﻋﻠﻰﺍﻟﻪﻭﺻﺤﺒﻪﻭﺳﻠﻢ
Ramai manusia belajar ilmu ilmu bertujuan untuk kebaikkan hidup di dunia tetapi ramai juga yang lalai tidak belajar ilmu bertujuan untuk kebaikkan hidup di akhirat sepertimana kata ulama' terdahulu "telah lahir ahli ibadat yang jahil dan telah lahir ulama' yang jahat".
Setiap apa pekerjaan yang hendak dikerjakan, mesti belajar ilmu nya bersungguh sungguh. Jika dikerjakan tanpa ilmu atau tidak belajar hanya ikut ikut, tentu tidak akan sempurna atau terus rosak.
Maksud Firman Allah surah An Nisa' ayat 123 dan 124 : "bukan angan angan kamu dan bukan angan angan Ahli Kitab, barangsiapa mengerjakan kejahatan akan dibalas dengan itu dan tidak ia akan dapat selain dari Allah seorang pelindung dan tidak juga penolong".
"Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan kebaikan lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman, mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya dizalimi walau sedikit pun".
Sesungguhnya ilmu adalah sebagai imam.
Apa yang dikerjakan itu sebagai makmum.
Ilmu menjadi teman semasa sunyi dan menjadi sahabat semasa susah.
ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ
Selamat Hari Raya Eidulfitri.
Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan.
Insya Allah.
Tabib M.Soleh Hussin
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia
"Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi"
#silatCHEKAKsilatpapansekeping